Program Perkongsian

Tentang Program Ini

Program perkongsian ini menawarkan sejumlah manfaat yang unik kepada para pelanggan yang membolehkan mereka untuk menikmati kelebihan menarik dalam kerjasama forex yang terlibat. Program ini dibahagikan kepada Program Ahli Gabungan hibrid dan juga Program Broker Pengenalan, iaitu sebuah sistem yang meliputi pelbagai jenis rakan kongsi termasuklah penulis blog, pakar media sosial, serta pendidik Forex dalam kalangan yang lain. Setiap program membuka peluang kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan yang paling terkemuka di dunia, dengan setiap satunya dibangunkan dengan mengambil kira keperluan setiap bakal rakan kongsi yang berbeza.

Perbezaan antara Ahli Gabungan dan Broker Pengenalan ialah, Broker Pengenalan biasanya mengekalkan hubungan secara langsung dan lebih rapat sesama pelanggan mereka, manakala Ahli Gabungan melakukan kebanyakan aktiviti secara dalam talian. Selain itu, Broker Pengenalan dibayar melalui rebat yang progresif, manakala Ahli Gabungan dibayar berdasarkan CPA bagi setiap Pedagang Aktif yang Layak dan terus memperolehi pendapatan mereka setelah Tempoh Kelayakan tamat.

Bagi memanfaatkan program perkongsian ini sepenuhnya, pilih program yang paling sesuai dengan anda dan juga jenis perniagaan anda.

Program Broker Pengenalan

Sebagai pencadang, anda hanya perlu merujukkan pelanggan kepada ForexTime (FXTM), dan anda akan diberikan ganjaran atas tindakan tersebut. Setiap kali pelanggan yang dirujuk melakukan dagangan, anda akan menerima komisen. Program ini didatangi dengan percuma, ia tersedia untuk semua pelanggan berdaftar kami dan merupakan langkah pertama yang sesuai untuk membina jaringan rakan kongsi yang besar.

Skim rebat yang menarik dan lumayan ditawarkan, di mana rebat akan diberikan kepada Broker Pengenalan bergantung pada volum dagangan pelanggan mereka - lebih tinggi volum dagangan, lebih besar rebat.

Baca lebih lanjut mengenai Program Pencadang.


Menjadi Pencadang

Program Ahli Gabungan

Sebagai ahli gabungan, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan tentang forex atau bertemui pelanggan secara bersemuka. Anda hanya perlu mempunyai blog, laman web dengan trafik yang tinggi dan/atau pengikut media sosial yang ramai. Anda akan dibekalkan dengan set alat pemasaran yang lengkap untuk membolehkan anda mempromosikan FXTM, dan sebaik sahaja pedagang rujukan anda mula melakukan dagangan, anda akan menerima komisen.

Terdapat Tempoh Kelayakan 30 hari, yang membolehkan anda untuk menerima CPA yang tinggi berdasarkan pedagang anda yang aktif. Sebaik sahaja tamatnya tempoh 30 hari tersebut, anda akan terus memperolehi pendapatan sepanjang hayat daripada dagangan yang dilakukan pelanggan. Selain itu, ahli gabungan juga boleh menjejaki aktiviti serta CPA mereka menerusi Panel Ahli Gabungan mereka sendiri yang terperinci dan serba moden.

Baca lebih lanjut mengenai Program Ahli Gabungan.


Menjadi Affiliate

Untuk maklumat lanjut tentang Program Perkongsian kami sila layari laman web perkongsian kami yang berdedikasi, www.fxtmpartners.com. Untuk sebarang soalan, anda boleh hubungi kami secara terus melalui telefon atau Live Chat dan kami gembira untuk membantu anda!

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).