Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Dagangan CFD pada Indeks

Berdagang CFD pada Indeks dengan FXTM

Pilih daripada sekuriti yang paling utama di AS, Eropah, Australia dan Asia.

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko.

Dagangan Indeks

Apabila anda berdagang indeks dengan broker yang terkemuka dalam industri, anda boleh menjangkakan untuk memilih daripada pelbagai indeks yang terkemuka dalam industri. FXTM menawarkan dagangan indeks pada beberapa sekuriti yang paling aktif di dunia, bermakna pedagang boleh memilih untuk mendagangkan dan membeli pilihan saham yang sesuai dengan strategi dagangan mereka.

Pilih daripada pelbagai indeks yang bersifat eklektik dan akses pasaran antarabangsa. Sebagai pedagang indeks CFD dengan FXTM, anda boleh berdagang indeks seperti:

  • GDAX (Dax 30)
  • AUS200 (Australia 200)
  • ND100m (US Tech 100 – Mini)
  • UK100 (UK100)
  • SP500m (US SPX 500 – Mini)

Syarat dagangan dalam talian FXTM yang lebih baik memastikan bahawa anda boleh berdagang indeks dengan leveraj yang sesuai untuk gaya dagangan anda. Hal ini boleh meningkatkan kedudukan pedagang dan berpotensi memaksimumkan untung – walaupun pedagang perlu mengetahui bahawa leveraj juga boleh meningkatkan kerugian.

Sebab Utama untuk Berdagang Indeks

  • Boleh didagangkan dengan pesanan panjang atau pendek
  • Menikmati waktu dagangan yang panjang
  • Bagus untuk kepelbagaian portfolio

Sebut Harga Fx & Logam Lani Secara Langsung

Berdagang Logam Lani dan Pasaran Kewangan

Instrumen DaganganSpread MTHarga Semasa $ Bida/TanyaPerubahan
Instrumen DaganganSpread MTHarga Semasa $ Bida/TanyaPerubahan
Instrumen DaganganSpread MTHarga Semasa $ Bida/TanyaPerubahan
Instrumen DaganganSpread MTHarga Semasa $ Bida/TanyaPerubahan

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko.

Apakah indeks?

Indeks ialah portfolio saham. Saham-saham ini dikumpulkan mengikut sektor tertentu atau pasaran tertentu: GDAX (atau Dax 30), contohnya terdiri daripada 30 syarikat Jerman yang utama didagangkan di Bursa Saham Frankfurt. ND100m mengandungi saham daripada syarikat teknologi yang terbaik di AS.

Harga bagi indeks tertentu dikira dengan mengambil kira harga setiap aset individu – jika harga saham individu berubah, ia akan memberikan kesan pada harga keseluruhan indeks tersebut.

Oleh itu, apakah dagangan indeks CFD dalam talian? Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah kontrak yang dibuat antara pembeli dan penjual bagi produk yang ditentukan. Penjual bersetuju untuk membayar kepada pembeli perbezaan harga antara harga semasa dan harga pada akhir kontrak. Ini bermakna, apabila anda berdagang CFD pada indeks, anda mensasarkan keuntungan daripada pergerakan indeks, bukannya melabur dalam indeks itu. Pelabur berdagang CFD pada indeks di platform dagangan dalam talian, menggunakan akaun dagangan saham seperti akaun MT4 Standard FXTM.

Mengapa Berdagang CFD pada Indeks dengan FXTM?

Dikawal Selia & Berlesen Secara Global

Dikawal Selia & Berlesen Secara Global

Jenama FXTM dikawal selia dan diberikan lesen di bawah FSC Republik Mauritius, FCA UK, CySEC di Cyprus dan FSCA Afrika Selatan, antara lainnya.

Telus

Telus

Statistik prestasi, termasuk Sebut Harga Semula, Gelinciran dan Pelaksanaan Pesanan disemak oleh PWC.

Terjamin & Selamat

Terjamin & Selamat

Dana anda disimpan dengan selamat dalam akaun yang berasingan dan dagangan anda dilindungi daripada baki negatif.

Komited terhadap Pendidikan

Komited terhadap Pendidikan

FXTM menawarkan seminar, bengkel dan webinar yang tetap dalam berbilang bahasa.

Platform Dagangan Indeks

FXTM menawarkan platform dagangan dalam talian yang terkenal dalam industri: MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5).

platform-dagangan

Platform ini dilengkapi dengan semua alat dan perisian dagangan saham yang anda perlukan untuk menganalisis pasaran dan memantau pasaran indeks. MT4 dan MT5 boleh dimuat turun secara terus ke PC atau Mac anda, atau anda boleh menggunakan WebTrader untuk mengakses platform tanpa memuat turun.

Syarat Dagangan CFD Indeks

Leveraj

Leveraj ialah alat yang berguna untuk membantu anda memaksimumkan kuasa membeli anda dan dengan akaun dagangan FXTM, anda boleh mengakses leveraj yang lebih tinggi untuk berpotensi meningkatkan keuntungan anda. Namun begitu, pedagang perlu ingat bahawa leveraj juga boleh meningkatkan kerugian dan juga keuntungan.

Dengan Akaun ECN FXTM anda boleh berdagang CFD pada indeks dengan leveraj terapung sehingga 1:1000 dan pada Akaun Standard, anda boleh berdagang dengan pelaksanaan segera.

*Leveraj ditawarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda.

Spread

Akaun dagangan CFD kami mempunyai spread yang ketat. Dengan FXTM, anda boleh menikmati spread yang kompetitif bermula dari serendah 0.5 pada akaun Standard dan 0.1 pada akaun MT4 ECN.

Semua butiran tentang spread FXTM boleh didapati di halaman Perbandingan Akaun Dagangan, tempat anda boleh melihat spread minimum individu, harga, aras had dan henti untuk setiap akaun yang ditawarkan.

Waktu Dagangan

Pasaran indeks dibuka pada masa yang berbeza sepanjang hari, dengan US Tech 100 (Mini), sebagai contoh, dibuka pada pukul 1:20 dan ditutup pada pukul 23:00:00. Pedagang boleh mengakses perkhidmatan dagangan FXTM pada bila-bila masa pasaran dibuka, bermakna anda boleh berdagang CFD pada indeks 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Ketahui lebih lanjut tentang waktu dagangan indeks di halaman Spesifikasi Kontrak.

Saiz Lot

Memilih saiz lot yang paling sesuai dengan anda sebagai pedagang bermakna anda mempunyai kawalan penuh terhadap aktiviti dagangan anda. Pedagang mungkin tertarik kepada saiz lot yang berbeza bergantung pada tahap dagangan mereka dan pengalaman mereka dalam pasaran. Apabila melibatkan CFD pada indeks, FXTM menetapkan volum maksimum setiap dagangan pada 5 lot.

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko.

Scroll Top